Friday, 23 December 2011

MATI .


AIR MATA mula membasahi pipi tanpa disedari.. HATI mula lemah kerana tak mampu untuk mengawal emosi yang kian membara.. MULUT mula menyoal kenapa jadi begitu.. HATI cuba mengatasi perasaan itu dengan berzikir.. AKAL tahu ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku.. MATA tak berhenti-henti mengeluarkan AIR MATA.. HATI cuba memujuk namun MATA masih menangis.. HATI memang TERLUKA namun ia cuba menghadapi KESEDIHAN.. HATI tahu ia mampu.. AKAL memberikan kata-kata semangat & motivasi kepada HATI & MATA.. Lalu, MATA pun mula berhenti mengeluarkan AIR MATA & HATI mula REDHA dengan ketentuanNya..



p/s: Bersabar lah duhai hati..


Apabia diuji, janganlah mempersoalkan kenapa jadi begitu namum tanamkan lah sifat sabar didalam hati.. Redhalah disebalik apa yang terjadi.. Luahkanlah isi hatimu kepadaNya.. InsyaALLAH hati akan merasakan tenang.. Sabar, redha & Tawakkal kunci ketenangan :')











Monday, 28 November 2011

Cinta Yang Sempurna (updated)




Pernah ku bertanya kepadamu
Apakah kau akan setia pada ku
Sekiranya aku akan pergi
Pergi ke dunia lain
Namun ketika itu kau hanya berdiam diri
Hanya senyuman yang mampu kau berikan
Ada ketikanya aku bertanya pada diriku
benarkah cinta ada pada hatinya
Ada ketikanya aku bertanya pada diriku
Setia kah dia pada ku
Sayang kah dia pada ku
Perlukah aku bertanya lagi
Atau aku hanya berdiam diri saja
Ada ketikanya aku inginkan perhatiannya
Ada ketikanya aku inginkan belaiannya
Namun aku hanya mampu berdiam diri
Perlukah aku bersuara
Menagih perhatian darinya…..
Ada ketikanya
Aku membiarkan diriku mencintainya terlalu dalam
Aku membiarkan diriku hanyut melayan perasaan ku
Sedangkan dia tak pernah tahu
Sedangkan dia tak pernah peduli
Cinta itu seperti apa ?
Kasih itu seperti apa ?
Sayang itu seperti apa ?
Benci itu seperti apa ?
Rindu itu seperti apa…..
Perlukah aku pergi begitu saja
Perlukan aku yang mengucapkan
Yang sebenarnya aku telah tewas
Yang sebenarnya aku telah lelah
Didalam mempertahankan
Sesuatu yang ku genggam
Sesuatu yang ku sayang
Namun akhirnya hanya aku yang mampu memberi
Aku bukan mengharap cinta seperti romeo dan juliet
Namun cukuplah sekadar perhatianmu mengatasi segalanya
Apakah aku begitu tamak
Didalam menagih perhatian darimu
Apakah aku yang terlalu emosi
Apakah aku yang terlalu ego
Memikirkan sesuatu yang tidak pasti
Memikirkan sesuatu yang tidak realistik
Apakah sebenarnya yang aku inginkan ?
Berilah aku senyuman
Dari hati ke hati
Berilah aku renungan
Dari mata ke mata
Berilah aku kedamaian
Dari hati yang paling dalam
Apakah aku terlalu mengharap kesempurnaan
Didalam percintaan ini
Namun jika kesalahfahaman ini tidak mampu
Aku sampaikan kepadamu
Ku mengharap Allah dapat menyampaikan
Sesuatu yang tak mampu ku lakukan
Apakah yang sebenarnya aku inginkan
Dan apakah sebenarnya yang bisa 
Melapangkan hatiku
Ya Allah
Salahkah aku 
Jika hati ini mengharapkan
Sempurna dalam cinta
Sempurna dalam kepercayaan
Sempurna dalam kedamaian
Sempurna dalam kehangatan
Sempurna dalam pemikiran
Dan sempurna dalam indahnya kedewasaan
Sedangkan ku tahu 
Tiada yang sempurna didunia ini
Nobody is perfect…………
Salahkah aku untuk menginginkannya
Atau aku hanya bermimpi di siang hari
Mengharapkan sesuatu yang tak pasti
Namun seandainya diri ini terlalu memaksamu
Maafkanlah aku
Mungkin hati ini buta ataupun 
Bodohkah hati ini
Bodohkah rasa ini
Bodohkah cinta ini
Kerana aku terlalu mengharap

Cinta yang sempurna……………. T__T


SUMBER


Friday, 16 September 2011

MY RAYA 2011 !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ! hehee ..
warne kelabu .. tema aq utk taon ni kelabu . . (aq sorg je)
malas nk ckp bnyak, just nk tunjuk gmbar je   :p














bawah ni plak, mase smbutan hari raye kat matrix melaka ..


                                                                          bismillah ....


                                                             


                                                                      gambar sekelas ..


                                                                        boys only ..








                                                                three is better than two :)


                                                              lisa surihani kmm .. hahaha


                                                                     DR. Hashim
                                                                     *cikgu aq :P

Thursday, 25 August 2011

Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut, kamu akan menyesal melakukannya! ]

37 Fakta Menarik Mengenai Lelaki

  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Sunday, 21 August 2011

BOSAN=BORING=SUMBAT !! INILAH HASILNYA !

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA !! >.<
xtau nak tulis ape lg , tp aq sdiekan gmbar je la ..
bdak2 kelas aq ni mmg suke amik gmbar ..
abis kelas pkol 4 je, cari port nk b'gmbar  ! :D
mcm2 stail ade

                                              depan perpustakaan .. teka , mana aq ? :) haha


                                                               nubu-nubu ! HAHAHA !


                                                              bawah pokok pon ade ..
                                                              *atas pokok belum lg ..


                                                                 4 blue, 1 yellow =='


                                                           pose maot kat atas meja ^.^v
                                                *jgn pk lain, aq tgh kire result experiment tu


                                                         1 day b4 holiday .. V-shaped tu :D

cukop lah beberape gmbar ni .. nnt kalu ade lg, aq upload ..
CHOWW !!



Monday, 1 August 2011

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA ! :D

yaaawww ! da brape blan ntah x update blog ni ,.. da beranai-anai, dah blog aq ni ==' .. maklomlah, busy .. nak cite pasal ...... KMM ! :D
hmm .. da 2 blan aq kat matrix melaka, londang, masjid tanah , *tempat jin maen toncet .. punye lah jaoh dari bandar melaka , kalu nak outing mmg rase malas .. bulan pertame masok , study okay lg, bilik ade 4 org, tp skarang tinggal 3 .. rase best pon ade .. hahah! xtau nak cite pasal ape ..
haa! sepanjang aq kat sane , mcm2 cite seramm ade .. wuu~ takutt !~ hahah!  tp, xde bende kowt pade aq .. pkol 2 pagi , rilek je kuar gi tandas ,, perempuan laa yg bnyak kene kacau .. *kesiaaan@padan muka ! hahahahah!

nak cite pasal klas aq plak .. hehee .. mmg klaka laa classmate aq yg lelaki smua .. kepale gila2 !
ade sorg bdak klas aq ni, mmg slalu kene bahan .. stiap minit mmg kene .. mmg sakit perut r ketawe .. adoyy .. bayangkan 1 klas bahan die !?! aq xde la kene kan die .. skali skale gurau ade kowt.. hehee ., sbb die baek dgn aq .. tp, hari ke-2 aq join klas tu, aq da ade gelaran baru kat sini .. iaitu MJ @ Micheal Jackson .. ==' ..kat skola org panggil aq jason mraz, jason la, shah rukh khan la, arab laa .. mcm2 ,, adeii -..- .. aq okay je, sporting .. layan je kepale dowg, sbb aq pon 1 kepale dgn dowg tu .. hehee ;D    ..

ade 1 bende yg bdak klas aq buat, tp, klas laen xbuat .. nak tau ape ??
kitorang akan pakai baju yg warne die same pade hari yg ditentukan .. stakat ni hitam je la , coz smua ade baju hitam ..
hmm.. malas da nk taip, aq bg gambar je
:P :P :P





                                                    ni la die ! seragam kan ? smua hitam
                                                       *jgn tanye knape aq kat tepi =='






                                               yg ni utk hari jumaat, smue pakai baju melayu
                                                           *ade je yg nak menyelit


                                       haaa! ni mase kat lab kimia, lpas abes wat experiment ;)

                                               2 manusia inilah yg paling bising dalam klas aq
                                                         *dowg yg start panggil aq MJ


huuu .. pnat dah aq update .. skian saje update aq , .. bye ! nnt aq update lg ..
                                                        SELAMAT BERPUASA ! :D

Friday, 20 May 2011

MENGGILA DI ATAS JALAN ! HAHAA !

hehee.. nak cite 2 cite ni ..
jumaat lpas la , (13 mei 2011) .. first time aq bwk kete dgn berlesen,, hehe..
baru dpat lesen P , org pon pndang mcm xde mate,, mmg mcm sial r ! xpe , 2taon je .. huh!
aritu, ade 2 org ni mmg nak cari gadoh dgn aq.. mentang2 lesen P je , aq xleh memotong ?!! pale otak kau la !! hari yg same, waktu je lain..
yg first.. lpas solat jumaat aq hntar adek aq gi bp mall , pastu kuar la ikot jlan besar tu.. aq bawak xla laju sngt
skali ade 1 kete burok ni, kat dpan aq.. yg bawak org tue.. =='
dgn pemanduan ala2 drifter, aq pon potong lah ikot kiri dan teros ambil lorong belah kanan.. hahahah! then, aq pon berhentilah di lampu trafik .. dgn muke selambe..
aq xtoleh kanan.. tgok dpan je.. tetibe org tue tu bkak tingkap jerit 'GILAA !!' kat aq .
hahhahaha..geli hati tol r.. bedekah aq ketawe XP .. dapat 'hadiah' ..

yg kedue .. yg ni berlaku mlm .. aq nak hntar adik aq 2syen,, da lmbat..
haa! yg sekor ni lg sial .. mmg nak gadoh btol dgn aq.. sabor je..
kete hitam ni kat dpan aq,.. aq kat blakang die.. (mmg la, xkan atas :P )
smbil tggu lmpu tukar hijau, aq da standby gear 1 ..bile hijau, aq tekan..
nak d jadi kn cerite ,
lampu da hijau, die xjalan ! aq pon potong la dgn care baek .. =='
xpasal2 die cocok blakang pastu hon !! huh ! xnak mcm sial lg ke ?!!
ape lg, aq tekan minyak jaoh tinggal kn pemandu setan tu ==' ..
smpai kat lmpu trafik kete setan ni pon btol2 ade kat sblah .. aq xpedulikan pon ..
wat bodo je.. pstu, kete bangang ni tibe2 block aq , die ingat aq nak belok kiri ..
aq pon wat bodo je.. dgn selambe aq bkak signal kanan ..
xlame lpas tu .. hehee.. aq tau..
die dgn perasaan bengang bla dari situ.. hahahah! bedekah aq ketawe.. !!
adek2 aq da takot, tp aq relax je.. kalu die turun nak gadoh, mmg die cari nahas ..
aq salah ape ??? mentang2 aq ade tmpal 'P' kat kete, nak berlagak ! WTH !!
ye, aq mmg xsuke gadoh, xpernah gadoh .. tp, jgn nak cari pasal dgn aq kat ats jalan !! nmpak muke je MACAM ganas , tp, dlm hati ber-bunga2 .. uhuk !!


Thursday, 19 May 2011

Adele - Rolling in the Deep

PERGI ...

assalamualaikumm ..
hmm.. nk cite, yg minggu ni, minggu last aq kat bp,.
coz, isnin ni aq dah ade kat melaka, utk matrix ..
hmm kjap je aq da abes skola, then, stdy kat kolej ..
mcm baru taon lpas je aq masok form.. bygkan, aq masih ingt sesi orientasi form 1 aq dulu .. mcm2 lg lah aq ingt,
nape lah aq bole ingt sumi ni =='
aritu, ade org ump call aq, tnye , nk tolak atau terime tawaran kejuruteraan kimia,..
hmm .. ump tu.. dekat dgn kmpong aq kuantan..
aq terus jwb TOLAK !! :(
xpe lah.. matrix pon okay ape,, rmai yg nak masok situ tp xdapat..
di fikir2 kan balik , rse beruntung ..
kalu bole xnak jd org melaka, hahaha!! tp, da naseb kn ..
hmm.. lpas ni, aq myb jarang online fb, update blog, stalk blog org hehe..
ye la, matrix, ingt bole blaja maen2 ke?? silap2 kene tendang ?! amik kau !

yg buat aq happy ckit, coz, ramai ex-hs gi sane , ade gak kawan baek gi sane..
myb aq xkan keseorang laa..
hehe.. tp, nak kate aq rindu skola lame, mmg ade la gak,.. tp, wat ape kite toleh kebelakang, btol x???
yg aq susah nak rindu ialah, rumah aq ! hahaha
wat ape ?? xde gune nye.. kalu adek2 perangai okay, xpe r..
ini ?? haihh.. bole gilee kalau layan ..
kuantan ?? erghhh !!! jgn tanye, !
serius aq akan rindu gile ! tadi (8.40 pm 18 mei) aq smpai bp..
dari kuantan.. berat gak hati nak tinggal kan kampong aq tu a.k.a. tmpat lahir aq tu .. hmm...
ntah bile lg aq akan ke sane .. taon dpan kowt ..
haihh .. :(
23 mei ni , hidup aq akan berubah .. xde lg online smpai pkol 3 pagi
xde lg bangon pkol 2 ..
xde lg skip sarapan .. (aq jarang sarapan lpas abes skola) hehee..
xde lg dan lain2 .. hahaha!
MELAKA ?? hmm.. dekat sngt ..
biarlahh !! jnji best ..
tp, 1 aq pegang ..
INSYAALLAH .!
xde siape yg bole gnti tmpat die kat hati aq , wlw dgn sape aq berkwn ..
bye ..


Friday, 6 May 2011

Untuk perhatian kaum lelaki

lelaki diciptakan dgn penuh unik,penuh kekuatan dan semangat.

Diciptakan untuk membimbing.Dan juga diciptakan untuk melindungi.

Bayangkan andai dunia ini tanpa lelaki........pasti ia kelihatan cacat dan tidak munkin juga manusia akan menjadi seperti hari ini.



Insan bernama lelaki sangat diperlukan untuk menjalankan sesuatu perkara.Malah kerja persaksian juga,diutamakan kepada lelaki.



Kaum hawa amat memerlukan perlindungan daripada kaum Adam.Dalam aspek agama juga Lelaki amat penting untuk memimbing kaum wanita dan anak-anak kecil ke jalan yang benar.



Kekuatan dan keberanian lelaki sangat diperlukan untuk melindungi kaum hawa dan juga keluarga.

Tapi sekarang.............



Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mendongak megah,

Lelaki kami Asadullah, Saifullah,

Tokoh kami tak terkira,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya menunduk lemah,

Tokoh kami sedikit sekali,

Ramainya, boneka Yahudi.



Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya tenang di hati,

Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mahu cabut lari,

Lelaki khianat, perogol bersiri.



Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,

Al – Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,

Ribuan wanita suci terpenjara,

Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga.



Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,

Kini,

Bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanitanya dibiar bebas, binasa.



Dulu,

Lelaki menggadai harta dan nyawa,

Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama,

Demi nafsu, dunia dan seisinya.



Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah,

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,

Lelaki hanya menyanjungi sejarah,

Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.



Dulu,

Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

Al – Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

Hingga sanggup membunuh.



Dulu,

Lelaki bersatu mengahadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,

Lelakinya berpuak dan berpecah,

Sesama sendiri saling bertelingkah.......................................................



Kini lelaki tidak lagi seperti dahulu kalanya....tidak dinafikan masih ada yang kelakiannya masih sejati bak pewira dan juga agamanya tidak kurang hebatnya seperti tokoh-tokoh dahulu,tetapi ia dalam sebilangan yang sangat kecil...



Menjadikan keistimewaannya untuk melemahkan kaum hawa dengan kata-kata manis.....Memperdaya wanita,permainkan perasaan wanita dengan sesuka hati dan akhirnya mengecewakannya.Adakah itu ciri-ciri lelaki sejati??



Kaum hawa amat memerlukan perlindunganmu wahai lelaki,usahlah kalian permainkan meraka......Bagaimanakah perasaan kalian andai wanita dari darah dagingmu sendiri dipermainkan oleh lelaki yang temannya syaitan??

tentu sekali kecewa bukan?begitu juga dengan wanita yang mempunyai abang,ayah......

kalaupun wanita itu yatim piatu,tak semestinya dapat permainkan perasaan mereka dengan sesuka hati.Sakit hatinya sangat menyeksakan.......



wanita itu tidak sekuat lelaki.



wanita itu tidak seberani lelaki.



wanita itu tidak setabah lelaki.



mereka memerlukan perlindungan lelaki,tp jika lelaki sendiri ingin mengkhianati dirinya....apakah dayanya untuk meneruskan kehidupannya.



Usah kalian mengunkapkan perkataan CINTA,jika sebenarnya niat kalian bukan kearah pernikahan.



Jika kalian benar ingin berniat kearah perkahwinan,percepatkanlah....usah dimain-mainkan perasaan halus kaum hawa.



Jika cinta kalian sekadar untuk main-main,lebih baik tak payah,ALLAH melihat kalian dan Maha Mengetahui hati kalian.



Kini kaum wanita banyak yang kecundang dialam remaja lagi,kerana kata-kata manis sesetengah kalian yang berunsurkan racun syaitan......



Banyak lelaki kini yang menjadikan wanita hanya tempat melepaskan nafsu buas meraka.

Kerana kalian terkenal dengan sifat yang berani,menyababkan wanita takut....dan lebih-lebih lagi takut kehilangan kasih sayang dari kalian..



Wahai temanku yang bernama lelaki,ayuh bangkit dan kembalilah menjadi lelaki yang sebenar-benarnya lelaki.Lelaki yang pelindung,yang berani menegakkan suruhan Agama.Lelaki yang akan melindungi kaum hawa dan memimbing mereka kejalan yang benar.



wasallam....................





sumber: http://www.facebook.com/notes/dokter-wanie/untuk-perhatian-kaum-lelaki-pula/169061626483865

Monday, 25 April 2011

WOW !

HELLO~!

sye budak baru buat blog! (budak ke ? huhu) haha.. nak kenal lg, follow la sye ye ? :D nak tulis ape lg ekk ? ntah la.. bile2 la sambong .. ;)